Khamis, 1 Disember 2011

Sejarah Bugis di Linggi: Kertas Kerja Yang Komprehensif Mengenai Linggi


Kertas kerja yang ditulis Mohd Khairil Hisham Mohd Ashaari pada Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis pada 25 November lalu ternyata dapat memberi gambaran yang jelas mengenai sejarah kedatangan Bugis di Linggi.
     Kertas kerja yang dibentangkan di konvensyen anjuran Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu, Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia ini setidak-tidaknya dapat mengetepikan pelbagai tanggapan silap sejarah kedatangan mereka di Linggi.
     “Ramai yang membuang masa dengan menelusuri sejarah Bugis sehingga sanggup hingga ke Makasar dan mengaitkannya dengan Bugis di Selangor. Ia mempunyai susur galur sejarahnya yang tersendiri,” katanya ketika ditemui semalam.
     Sebagai penyelidik dan penulis bebas, Mohd Khairil telah melakukan penyelidikan yang komprehensif mengenai Linggi sejak beberapa tahun lalu.
     Untuk melihat kertas kerja penuh, lihat di sini: http://nagarinansembilan.blogspot.com/

2 ulasan:

  1. sangat setuju...kata aruah atuk moyangnya tue mendarat kat satu tempat dekat lubuk cina melaka...atuk saya juga dari keturunan daeng 5 beradik itu jugak dan beliau sangat bangga dengan salasilah dan keturunan bugis...kami juga begitu...nama betul aruah datuk saya Daeng Ibrahim bin Daeng Maun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Azuriah Aziz ..
      Boleh awak cerita lebih lanjut mengenai salasilah keluarga awak .. Keluarga saya lernab cerita kat saya yang , atuk moyang saya juga mendarat dekat lubuk cina melaka dan dari keturunan bugis .. Dorang tukar nama , nama yang saya tahu Khamis isterinya Naimah ..Saya diberitahu Khamis ni seorang pawang besar ..

      Padam