Selasa, 13 Disember 2011
Peranan Sungai Linggi
Bahan-bahan di bawah ini boleh membantu kita memahami kepentingan Sungai Linggi sejak abad ke-16.
Isnin, 12 Disember 2011
Sungai Linggi: Bagai Dara Yang Belum Tersentuh
Di mana silapnya? |
Rabu
lalu (7 Disember 2011), aku bersama krew Storyteller Production Sdn Bhd
(Shariff Ahmad, Rashid Manaf dan Zyaiful Baharudin) dan jurugambar RTM, Zubir
Jamal menghilir mudik di Sungai Linggi dalam usaha mengenal lebih dekat salah
satu laluan utama perdagangan pada abad ke-16 itu.
Hasrat untuk ke sini tertangguh beberapa
kali kerana ada sahaja urusan menghalang, lalu sewaktu Dato’ Haji Hamzah
Kassim, peneraju utama Galeri Linggi sendiri berkelapangan ketika itu, Ijan
(pengusaha bot) terus dihubungi.
Pemancing udang keriangan... |
Seperti yang dijanjikan, Ijan menunggu di jeti Pengkalan Kempas pada jam 2.00 petang dan menyerahkan tugas sebagai pemandu pelancong kepada rakannya, Zulkarnain Mat Som.
Walaupun masih muda, Zulkarnain mampu
memenuhi matlamat kami dengan membawa dan memberi penjelasan mengenai apa yang
ditanya. Ternyata dia terlatih dalam bidang ini.
Katanya, oleh kerana hari masih awal, dia mencadangkan
supaya kami mudik ke hulu dahulu untuk melihat Keramat Bukit Tiga. Keramat
sepanjang 30 kaki ini berada di tebing sungai dalam keadaan terbiar.
Bangau... terbang sambil mencecah air |
Menurut Zulkarnain, pihak yang pernah
membuat kajian di sini mengandaikan jenis batu yang ada di keramat itu dibawa
dari Indonesia.
Kemudiannya kami menghilir ke muara.
Kira-kira dua kilometer dari jeti Pengkalan Kempas, kami dibawa ke Balai
Pemungut Cukai yang juga terbiar.
Terfikir di hati, balai yang bersejarah dan lakaran
bangunan yang pernah termuat dalam salah sebuah jurnal lama ini bagaikan tidak
bermakna kepada pihak yang diberi amanah menguruskan artifak silam ini.
Beting Deraka tempat tidurnya |
Selain semak samun, kawasan berhampiran
telahpun dijadikan ladang kelapa sawit. Kedudukannya yang strategik kerana berada
di tanjung dan persimpangan Sungai Rembau dan Sungai Linggi bagai hilang
serinya.
Sewaktu menghilir, kami dapat melihat
persekitaran yang menghijau sambil disapa bayu lembut. Terfikir lagi di hati,
tidakkah cukup indah suasana ini bagi yang sedang bercinta atau yang ingin
berbulan madu.
Persimpangan Sungai Rembau-Sungai Linggi |
Kedudukannya yang tidak jauh dari pantai
pelancongan Port Dickson, memudahkan mereka datang ke sini. Bukankah Sungai
Linggi boleh menjadi tarikan sokongan ke Port Dickson? Sekiranya ini berlaku,
pelancong tidak sekadar bermalam di hotel atau apartmen mewah di tepi pantai
malah boleh tinggal beberapa hari di chalet yang didirikan di beberapa tempat strategik
di pesisir Sungai Linggi.
Berhampiran muara di jambatan Tanjong Agas |
Kalau Melaka boleh menarik ribuan pelancong
semata-mata kerana adanya river-cruise
di tengah kesibukan Bandar, Sungai Linggi jauh lebih menarik.
Di sini pelancong boleh melihat buaya
sehingga sebesar perahu dalam habitatnya dan sepanjang bulan November hingga Mac
setiap tahun pula, pengunjung boleh menyaksikan ribuan bangau beraksi di
permukaan air dan bermalam di Beting Deraka sewaktu senja.
Sebelum menjejak kembali jeti Pengkalan
Kempas, ribuan kelip-kelip (kunang-kunang) kelihatan berkelipan di pohon.
Ingin
menyaksikan segala-galanya ini? Hubungi Ijan (013-6833595) atau Zulkarnain Mat
Som (012-2545034). Kami cuma dikenakan bayaran RM350.00 untuk perjalanan
kira-kira enam jam itu.
Suasana romantik menjelang senja |
Oleh: Zulkifli Abu Foto: Rashid Manaf & Zyaiful
Baharudin
Portal Bugis di Malaysia
Untuk mendapat keterangan lanjut mengenai Bugis di Malaysia, portal ini boleh membantu.
http://portalbugis.wordpress.com/about-m/manusia-bugis-rantau-budayanya/sejarah-bugis-di-malaysia/
http://portalbugis.wordpress.com/about-m/manusia-bugis-rantau-budayanya/sejarah-bugis-di-malaysia/
Khamis, 8 Disember 2011
Balai Pemungut Cukai
Kira-kira
tiga kilometer dari jeti Pengkalan Kempas menuju ke muara berdekatan dengan Tanjung
Sempang yang menemukan Sungai Rembau dan Linggi, terdapat Balai Cukai yang
menjadi pusat mengutip cukai ke atas kapal dan bot yang melintasi kawasan
berkenaan.
Tinggalan
batu-batu konkrit lama yang berdiri sebaris adalah bukti nyata kehadiran Balai
Pungutan Cukai (stockade). Ia terletak
kira-kira 100 meter dari sungai.
Dipercayai
balai ini lengkap dengan kediaman milik Lebai Kulop, pemungut cukai zaman itu.
Lokasi
ini menjadi pilihan kerana ia amat strategik bagi laluan perahu dan kapal yang
mudek ke hulu dan hilir dari arah muara di Tanjung Agas yang berada di sebelah
Negeri Sembilan dan Kuala Linggi di Melaka.
Kedudukannya
di tanjung membolehkan tahap penglihatan begitu jelas ke atas setiap perahu dan
kapal yang melalui perairan itu. Antara muatan utama ialah bijih timah.
SAYANG... Khazanah berharga ini dibiarkan begitu sahaja |
Antara tiang utama Balai Pemungut Cukai |
Tidak adakah pihak yang ingin memulihara tinggalan sejarah ini? |
Keramat Bukit Tiga
Makam Bukit Tiga |
Makam
tunggal ini dipercayai tempat bersemadinya seorang pendakwah terkenal
seangkatan dengan Sheikh Ahmad Majnun yang disemadikan di Makam Sungai Udang.
Namun nama pendakwah ini tidak diketahui.
Allahyarham
juga dikatakan seangkatan dengan satu lagi nama besar di Mukim Linggi sekitar
tahun 1875 iaitu Lebai Kulob yang bertindak selaku pemungut cukai di laluan
sungai tersebut.
Keramat
Bukit Tiga diberi nama mengambil sempena tiga kubur di kawasan ini. Selain
makam tunggal yang berukuran 30 kaki
panjang dan 8 kaki lebar, dipercayai terdapat dua lagi kubur berdekatan –
dikatakan pengapit kepada pendakwah berkenaan.
Makam
lama ini terletak di tebing sungai di bahagian permukaan yang tinggi. Ia mudah
dilihat dari arah sungai. Batu konkrit yang meliputi makam ini dipercayai di bawa
dari Indonesia.
Makam ini berukuran 30 kaki X 8 kaki |
Khamis, 1 Disember 2011
Sejarah Bugis di Linggi: Kertas Kerja Yang Komprehensif Mengenai Linggi
Kertas kerja yang ditulis Mohd
Khairil Hisham Mohd Ashaari pada Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis pada 25
November lalu ternyata dapat memberi gambaran yang jelas mengenai sejarah
kedatangan Bugis di Linggi.
Kertas
kerja yang dibentangkan di konvensyen anjuran Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu,
Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia ini setidak-tidaknya dapat
mengetepikan pelbagai tanggapan silap sejarah kedatangan mereka di Linggi.
“Ramai
yang membuang masa dengan menelusuri sejarah Bugis sehingga sanggup hingga ke
Makasar dan mengaitkannya dengan Bugis di Selangor. Ia mempunyai susur galur
sejarahnya yang tersendiri,” katanya ketika ditemui semalam.
Sebagai
penyelidik dan penulis bebas, Mohd Khairil telah melakukan penyelidikan yang
komprehensif mengenai Linggi sejak beberapa tahun lalu.
Untuk melihat kertas kerja penuh, lihat di sini: http://nagarinansembilan.blogspot.com/
Khamis, 3 November 2011
Sekapur Sirih
Langgan:
Catatan (Atom)